CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, May 9, 2011

~~Melangkah ke Alam Rumah Tangga~~

Salam....
dah lama tak update blog ni...
dah bersawang,semak samun..nasib baik xjadi hutan belantara je..hehe
sebab tersangatlah sibuk dengan tanggungjawab baru sbg seorang guru...=)

Sebagaimana tajuk d atas..
dalam entry terbaru ni nk update tentang persediaanku melangkah ke alam perkahwinan..
suatu perubahan & perkara baru dalam hidup ku...
Tanggal 28 Mei 2011...
Tinggal 2 minggu 5 hari saja lg sy akn di ijabkabulkan...
bersama pilihan hati yang amat dicintai..Mohd Ammudasir Hashim..InsyaAllah..
semoga semuanya dipermudahkan Allah..Amin...=)

Pada 11 Disember 2010 yg lalu,kami dah mengikat tali pertunangan..
selepas bertunang, kami dah mula buat persiapan..
memandangkan tunangku bertugas d Sandakan,Sabah..
tak dapat selalu balik utk membuat persiapan..
jadi,dengan kesempatan yang ada kami dah mula membeli barang2 hantaran seperti:
  1. Perfume (utk sy & abg)
  2. Kain baju kurung (utk sy)
  3. Kain baju batik (utk sy)
  4. Baju batik (utk abg)
  5. Seluar slack (utk abg)
  6. Kain telekung sembahyang (utk sy)
  7. Kad kahwin
Kemudian,pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu,tunangku pulang bercuti..
walaupun cuti sy hanya sekejap d sebabkan oleh Majlis Konvokesyen,sy tetap pualng ke kampung untuk 3 hari bg membuat persiapan perkahwinan..
So,kami pun sambungla membeli barang2 hantaran yg belum cukup seperti:
  1. Handbang & kasut (utk sy)
  2. Kasut (utk abg)
  3. Set wallet & belt (utk abg)
  4. Jam tangan (utk sy & abg)
  5. Buku & Al-quran (utk sy & abg)
Selain itu,awal2 lagi kami telah berkunjung ke Renjis Bridal untuk booking pelamin+baju+make up memandangkan majlis akan diadakan semasa cuti sekolah, jadi mestilah ramai yang membuat tempahan..

Akhirnya,cukupla sume barang hantaran kami..sume 9 dulang berbalas 9 dulang..
2 dulang lagi adalah kek & pulut kuning...

Persediaan lain yang perlu dilakukan ialah:
  1. Kursus kahwin(dah ambil awal2..hehe)
  2. Buat Ujian Saringan HIV
  3. Isi borang nikah----sediakan gambar pasport 2 keping(berkopiah & bertudung),2 salinan IC, 2 salinan sijil kursus kahwin)
  4. Beli cincin @ gelang tangan utk upacara membatalkan air sembahyang
  5. Membeli cenderahati utk tetamu
  6. Gubahan hantaran
  7. Jamuan makan---catering@masak sendiri
Alhamdulillah, setakat ini rasanya sudah hampir 80% persiapan yang telah saya lakukan..
Walaupun hanya mengajar di Negeri 9, 9 jam perjalanan untuk pulang ke Kelantan,
tapi kekangan masa oleh tugas2 di sini menyebabkan sy xberpeluang utk sll pulang..
Sejak posting hanya 2 kali sy pulang ke Kelantan..
InsyaAllah pd 26 Mei nt, kami akan pulang ke kampung bersama-sama...

Semoga semua yang kami rancang berjalan dengan baik dan sempurna..
Berkatilah jodon kami Ya Allah,
Kurniakanlah kami ketabahan dalam mengharungi dugaan dariMu..
Berikanlah kami zuriat yang soleh & solehah sebagai penyeri rumah tangga kami..Amin....


No comments:

Post a Comment