Salam....dah lama tak update blog ni...
dah bersawang,semak samun..nasib baik xjadi hutan belantara je..hehe
sebab tersangatlah sibuk dengan tanggungjawab baru sbg seorang guru...=)
Sebagaimana tajuk d atas..
dalam entry terbaru ni nk update tentang persediaanku melangkah ke alam perkahwinan..
suatu perubahan & perkara baru dalam hidup ku...
Tanggal 28 Mei 2011...
Tinggal 2 minggu 5 hari saja lg sy akn di ijabkabulkan...
bersama pilihan hati yang amat dicintai..Mohd Ammudasir Hashim..InsyaAllah..
semoga semuanya dipermudahkan Allah..Amin...=)
Pada 11 Disember 2010 yg lalu,kami dah mengikat tali pertunangan..
selepas bertunang, kami dah mula buat persiapan..
memandangkan tunangku bertugas d Sandakan,Sabah..
tak dapat selalu balik utk membuat persiapan..
jadi,dengan kesempatan yang ada kami dah mula membeli barang2 hantaran seperti:
- Perfume (utk sy & abg)
- Kain baju kurung (utk sy)
- Kain baju batik (utk sy)
- Baju batik (utk abg)
- Seluar slack (utk abg)
- Kain telekung sembahyang (utk sy)
- Kad kahwin
Kemudian,pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu,tunangku pulang bercuti..
walaupun cuti sy hanya sekejap d sebabkan oleh Majlis Konvokesyen,sy tetap pualng ke kampung untuk 3 hari bg membuat persiapan perkahwinan..
So,kami pun sambungla membeli barang2 hantaran yg belum cukup seperti:
- Handbang & kasut (utk sy)
- Kasut (utk abg)
- Set wallet & belt (utk abg)
- Jam tangan (utk sy & abg)
- Buku & Al-quran (utk sy & abg)
Selain itu,awal2 lagi kami telah berkunjung ke Renjis Bridal untuk booking pelamin+baju+make up memandangkan majlis akan diadakan semasa cuti sekolah, jadi mestilah ramai yang membuat tempahan..
Akhirnya,cukupla sume barang hantaran kami..sume 9 dulang berbalas 9 dulang..
2 dulang lagi adalah kek & pulut kuning...
Persediaan lain yang perlu dilakukan ialah:
- Kursus kahwin(dah ambil awal2..hehe)
- Buat Ujian Saringan HIV
- Isi borang nikah----sediakan gambar pasport 2 keping(berkopiah & bertudung),2 salinan IC, 2 salinan sijil kursus kahwin)
- Beli cincin @ gelang tangan utk upacara membatalkan air sembahyang
- Membeli cenderahati utk tetamu
- Gubahan hantaran
- Jamuan makan---catering@masak sendiri
Alhamdulillah, setakat ini rasanya sudah hampir 80% persiapan yang telah saya lakukan..
Walaupun hanya mengajar di Negeri 9, 9 jam perjalanan untuk pulang ke Kelantan,
tapi kekangan masa oleh tugas2 di sini menyebabkan sy xberpeluang utk sll pulang..
Sejak posting hanya 2 kali sy pulang ke Kelantan..
InsyaAllah pd 26 Mei nt, kami akan pulang ke kampung bersama-sama...
Semoga semua yang kami rancang berjalan dengan baik dan sempurna..
Berkatilah jodon kami Ya Allah,
Kurniakanlah kami ketabahan dalam mengharungi dugaan dariMu..
Berikanlah kami zuriat yang soleh & solehah sebagai penyeri rumah tangga kami..Amin....